KEMUNGKARAN BERZANJI
OLEH : Al-USTADZ RASUL DAHRI
Pada hakikatnya, kandungan Kitab Berzanji yang dianggap sebagai amalan suci apabila dibaca oleh sebagian besar masyarakat Islam, ternyata kitab ini dipenuhi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islamiyah yang murni. Berzanji ditulis dalam bentuk syair, gaya bahasa dan pemilihan kata-katanya benar-benar sangat menggugah sekaligus begitu sukar untuk difahami, tetapi sangat sedap diucapkan dan merdu pula dilagukan. Karena dengan lagu yang mirip atau sama dengan membaca al- Quran, kesemuanya itu sebagai usaha untuk lebih mengesankan dan menarik para pendengarnya.
Demikian pula penghormatan orang awam kepada kitab-kitab maulid (berzanji) itu, hampir-hampir menyerupai penghormatan kepada al-Quran. Oleh karena itu, berzanji dijadikan kitab untuk wirid, berzikir, dibaca pada malam-malam tertentu seperti malam Jum’at, menyambut maulid Nabi, ketika ingin berpergian (musafir) atau pulang dari perjalanan (pelayaran) jauh, di hari perkawinan, di majelis tasyakuran, sebelum berkhitan, kenduri mencukur rambut bayi yang baru lahir dan lain-lainnya.
Dari rangkaian kata-kata dan kejadian ini, jika terus dikaji dan diselidiki, maka akan kita dapati dan boleh dibuktikan bahwa akan dipahami bahwa penggemar, pencinta atau pemuja Berzanji, antara penyebab mereka membacanya bukan melihat pada nilai di segi hukum syaranya,apakah isi kandungan Berzanji yang dibaca dan dilagukan itu bertentangan dengan syara atau tidak, yang penting pada mereka ialah sedap, enak dan merdunya melagukan Berzanji.
Berzanji dan kitab seumpamanya seperti Syaraful Anam, al-A’Zab dan ad-Daiba’i yang terkenal dengan ad-Deybaii adalah pencetus dan pengekal amalan pencinta maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Antara cerita yang berlebih-lebihan yang membawa kepada ghuluw (melampaui batas) dan kesyirikan di dalam berzanji ialah:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَا مَاحَيَ الذُنُوْبِ
Salam atasmu wahai penghapus dosa
Ungkapan dalam syair di atas ini jika diyakini benar maka ia akan membawa kepada berlakunya syirik tasybih (menjadi syirik karena menyerupakan Allah dengan makhlukNya). Ini bermakna sama seperti menyamakan (mensetarakan) dan memberikan sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada makhlukNya yaitu Nabi Muhammad sallalahu ‘alahi wa-sallam. Perbuatan atau amalan seperti ini sangat bertentangan dengan nas-nas hadist yang sahih dan ayat al-Quran. Seterusnya terdapat banyak lagi kenyataan dalam Berzanji yang bertentangan dengan akidah yang sahih sebagaimana syair di bawah ini:
غَافِرِ الذَنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآاِلَهَ اِلاَّ هُوَ اِلَيْهِ الْمَصِيْرِ
(Hanya Dialah) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukumanNya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi) selain Dia. Hanya kepadaNyalah kami kembali (semua makhluk)
Meminta pengampunan segala dosa dan bertaubat hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:
فَاعْلَمْ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ.
“Maka ketahuilah! (Ya Muhammad) Bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah (kepada Allah) ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan”.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus untuk menjadi contoh kepada setiap muslim, baginda mengajarkan setiap orang-orang yang beriman agar meminta keampunan segala dosa mereka hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, bukan meminta kepada baginda kerana baginda sendiri sentiasa meminta keampunan hanya kepada Allah:
وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ ، فَاغْفِرْلِيْ ، فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذَُنُوْبَ اِلاَّ اَنْتَ.
“Dan aku merasa berdosa, maka ampunilah dosaku wahai Tuhanku! Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan segala dosaku kecuali Engkau”.
Contoh yang paling kuat dan jelas ialah baginda Rasulullah disetiap hari meminta pengampunan (istighfar) yang lebih dari tujuh puluh kali hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
وَاللهِ اِنِّيْ لاَسْتَغْفِرُ اللهَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ اَكْثَرُ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً.
“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari semalam lebih dari tujuh puluh kali”.
Terdapat ajaran yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah atau kesyirikan di dalam berzanji, yaitu seruan yang berbunyi:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاكَهْفًا وَمَقْصَدْ
“Salam atasmu wahai tempat bernaung dan meminta!”.
Yang jelas di dalam al-Quran diserukan agar orang-orang beriman meminta dan memohon hanya kepada Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana firmanNya
قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ . اَللهُ الصَّمِدُ.
“Katakanlah! Bahwa Allah Maha Tunggal, Allah tempat meminta”.
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”.
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَاسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila kamu mengharapkan pertolongan maka mintalah kepada Allah”.
Di dalam Kitab Berzanji dengan jelas terdapat banyak keyakinan (kepercayaan) yang bertentangan dengan akidah tauhid yang murni, seperti memberikan sifat Allah ‘Azza wa-Jalla kepada Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Ini dapat dipahami dari syair di bawah ini:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاجَالِيَ الْكُرُوْبِ
“Salam atasmu, wahai penghapus bencana! (penghapus segala penderitaan /kesusahan
)”.
Syair di atas amat bertentangan dengan beberapa potong ayat-ayat al-Quran dan hadist-hadist yang sahih. Dan ia dengan jelas amat bertentangan dengan firman Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana
di bawah ini:
وَنُوْحًا اِذْ نَادَى مِنْ قَبْلُ فَاسْتَجَبْنَالَهُ فَنَجَّيْنَاهُ وَاَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيْمِ.
“Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia berserta pengikutnya dari bencana yang besar”.
Nabi Nuh ‘alaihis salam apabila memohon doa baginda terus menghadapkan dirinya kepada Allah, bukan kepada makhluk atau melalui tawassul kepada makhluk-makhluk tertentu. Allah berfirman:
قُلِ اللهُ يُنَجِّيْكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ اَنْتُمْ تُشْرِكُوْنَ.
“Katakanlah! Allahlah yang menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala kesusahan kemudian kamu kembali mempersekutukanNya”
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah saja yang menyelamatkan makhluknya dan melepaskan dari bencana serta kesusahan, oleh karena itu segala doa dan permohonan wajib diminta dan dipanjatkan hanya kepadaNya sebagaimana yang dilakukan oleh para rasul, para nabi dan sholehin. Keterangan ini dikuatkan oleh ayat berikut:
وَنَجَّيْنَاهُ وَاَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيْمِ.
“Dan Kami telah menyelamatkan (Nuh) dan pengikutnya dari bencana yang besar”.
Kitab Berzanji tersemat ajaran bahawa Nabi Muhammad adalah tempat meminta segala permohonan untuk diperkenankan apa sahaja yang dihajatkan:
الْمَرَامِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاكُلَّ
“Salam atasmu wahai tempat memohon segala hajat!”.
Al-Maram seerti (semaksud) dengan al-Matlab atau al-Maksad “Tempat meminta permohonan atau hajat”. Menjadikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai tempat meminta pertolongan atau hajat amat bertentangan dengan syara, perbuatan seperti ini akan membawa kepada kesyirikan sebagaimana firman Allah:
اِنَّ صَلاَتِيْ قُلْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ للهِ
رَبِّ الْعَالِمِيْنَ . لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ
وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ.
“Katakanlah! Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Allam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang petama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”.
Filed under: FAKTA









kok ,malah membingungkan ya…………..!!!
Kita mesti faham jika dikatakan nabi Muhammada saw itu disebut sebagai penghapus dosa ,penghapus becana dan seumpamanya maka itu adalah majazi sahaja.Sama seperti kita mengatakan doktor menyembuhkan penyakit.
menurutq..artikel ni da benarnya… klo mw minta sesuatu kan sudah diajarkan sama nabi Muhammad Sallallahu
‘alaihi wa-sallam..dengan sholat..dan berdoa..dan untuk menunjukkan rasa kasih sayang terhadap nabi kita sallallahu
‘alaihi wa-sallam sudah cukup dengan sholawat nabi.. tidak usah berlebih2an(ghuluw)..lg pula g berzanji g pernah diajarkan nabi Muhammad Sallallahu
‘alaihi wa-sallam..
kenapa nk mmpertikaikan masalah yg remeh temeh sedangkan di msia maseh byk lagi bab kemungkaran/dosa besar yg terlalu byk.apakah bacaan berzanji itu boleh menyeleweng kan aqidah seseorang???
Salam.
Saudara saudariku seIslam.
Jangan begitu begini lagi.
Kalau sudah jelas bahawa adanya di antara bait-bait tertentu dalam kitab berzanji itu yang tidak menepati keadaan sebenar, maka dengan penuh keyakinan, buat perubahan. Keluarkan kitab berzanji yang baru yang tidak mengelirukan dan menambah baik yang sedia ada itu. Sesungguhnya kita tidak boleh merubah Al QURAN kerana ia punya Mukjizatnya yang tersendiri. Tapi kalau kitab berzanji, ubahsuailah ke arah memartabatkan kedaulatan ISLAM sejagat.
Sekian. Salam sejahtera.